fbpx

Pemuda Di Kuala Lipis Ini Membina Rumah Rakit Bagi Menghadapi Musim Tengkujuh

- Sponsor -

Musim tengkujuh yang kebiasaannya menyerang setiap akhir tahun pasti membuatkan individu risau, lagi-lagi mereka di kawasan-kawasan terjejas.

Banyak kemusnahan direkodkan, daripada barangan-barangan pribadi, penempatan termasuklah keadaan sekeliling iaitu jalan raya dan tumbuhan semula jadi berusia puluhan tahun.

Banjir pada tahun 2013 turut menyaksikan kemusnahan teruk, hampir kesemua kawasan lumpuh sepenuhnya.

- Sponsor-

Bagi mengelakkan kerugian ribuan ringgit yang perlu ditanggung setiap tahun, seorang pemuda nekad memulakan sebuah projek rumah rakit yang dijalankan pada bulan Mei lalu.

Walaupun ia kelihatan tidak logik bagi sebuah rumah rakit berada di daratan, pemuda ini meneruskannya dengan harapan hal ini dapat membantu ahli keluarganya sedikit sebanyak. Lokasi rumah rakit ini adalah di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku di Kuala Lipis.

Menurut perkongsian di laman Facebook Aziela Baharudin, rumah rakit ini dipenuhi dengan barang-barang elektrik berupa peti ais dan juga barangan penting lainnya.

Banjir yang menimpa minggu lepas memperlihatkan bahawa hasil pemuda ini tidak sia-sia apabila ia berjaya terapung dengan menampung berat daripada segala barangan yang diselamatkan di rumah mereka.

Syabas diucapkan kepada pemuda ini. Sesungguhnya kita memerlukan individu kreatif sebegini bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan dalam keadaan sebegini.

- Sponsor -
- Sponsor -