fbpx

Pemilikan Pulau Tioman, Perjanjian Sempadan Antara Johor Dan Pahang


Pada hari Selasa, 1 Semptember tahun 1868, satu perjanjian mengenai sempadan Pahang-Johor telah ditandatangani oleh Bendahara Wan Ahmad yang menjadi Raja Pahang dan Sultan Abu Bakar, Sultan Johor dan disaksikan oleh Sir Harry Ord, Gabenor Negeri-Negeri Selat.

Bendahara Wan Ahmad menaiki tahta kerajaan Pahang setelah berjaya mengalahkan saudaranya Wan Mutahir dan mendakwa beberapa buah pulau di Laut China Selatan kepunyaan Pahang.


Ini kerana pulau-pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan lain-lain itu diserahkan oleh Wan Mutahir kepada Johor semasa pemerintahannya tetapi Bendahara Wan Ahmad tidak mengiktirafnya dan ini mencetuskan pertikaian antara kedua-dua belah pihak.


Usaha Gabenor Cavanagh sebagai orang tengah tidak berjaya membawa kedua-dua pihak ke meja perundingan.

Pada bulan Oktober 1863, Bendahara Wan Ahmad mengutus surat kepada Gabenor Inggeris di Singapura menjemputnya datang ke Pahang untuk menyaksikan sendiri keadaan di Pahang. 

Hasil dari laporan Gabenor Inggeris mengenai persetujuan Orang Besar Empat Pahang mengakui Wan Ahmad sebagai Raja, Kerajaan Inggeris kemudiannya mengiktiraf Pahang tetapi tidak mengakui tuntutan Pahang ke atas pulau-pulau tersebut. Pengiktirafan ini meredakan sedikit pertikaian Johor-Pahang.

Dalam tahun 1867, Johor bersetuju mengadakan perundingan.  Dalam tahun 1868, Sir Harry Ord yang menjadi Gabenor baru Negeri-Negeri Selat berjaya memujuk Pahang mengadakan perundingan.


Akhirnya satu perjanjian ditandatangani antara Johor dengan Pahang yang telah menyelesaikan masalah sempadan di mana Sungai Endau menjadi sempadan darat dan bahagian tengah Kuala Sungai Endau menjadi sempadan laut kedua-dua negeri.

Baca juga: 5 Perkara Perlu Tahu Tentang Perjanjian Pahang Dan Johor Pada 159 Tahun Lepas

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin