fbpx

Pembinaan Kolam Takungan Hiliran Bakal Atasi Masalah Bekalan Air Sekitar Kuala Medang

- Sponsor -

Masalah bekalan air penduduk sekitar Kuala Medang bakal diselesaikan dengan pembinaan kolam takungan hiliran atau Off River Storage (ORS) bernilai RM12 juta yang telah dimulakan pada Disember lepas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang dijangka siap pada November ini akan memanfaatkan kira-kira 3,000 penduduk melibatkan beberapa kawasan.

Antaranya Kuala Medang, Sungai Koyan,Tanjung Gahai dan Agropolitan Gahai.

Sumber: AstroAwani.com
Sumber: Utusan.com.my
- Sponsor-

Projek ORS ini adalah salah satu pendekatan dilaksanakan kerajaan negeri untuk memastikan perkhidmatan bekalan air bersih dapat disediakan dengan baik.

Selain memenuhi keperluan bekalan air bagi loji rawatan Kuala Medang, pembinaan kolam takungan ini apabila siap kelak boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi kerana ia turut dilengkapi dengan trek joging.

- Sponsor -
- Sponsor -