Umrah secara definisinya membawa maksud ziarah. Namun, ziarah ke Masjidil Haram yang dimaksudkan bukanlah sekadar pergi dan melihat suasana tetapi perbuatan ziarah itu perlu disertai dengan ibadat tertentu.
Buat mereka yang berkelapangan untuk mengerjakan umrah, UHB Travel & Tours ketika ini menawarkan sebuah pakej umrah . Pakej yang ditawarkan adalah ‘pergi dahulu, bayar kemudian’. Ini bermakna anda boleh melengkapkan pembayaran setelah selesai mengerjakan umrah.
Sebelum itu, mungkin ada yang tertanya mengenai syarikat pelancongan ini. UHB Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat sendirian berhad dan merupakan syarikat 100% milik bumiputera dan telah pun diperbadankan pada 5 April 2016.


Membawa slogan “Menyusuri Gerbang Taqwa”, UHB Travel & Tours menyasarkan menjadi sebuah syarikat pelancongan yang menyediakan khidmat nasihat serta konsultasi dalam bidang pelancongan sama ada di dalam atau luar negara.
Berkenaan pakej umrah ditawarkan, terdapat beberapa syarat pendaftaran di bawah pakej ini. Pertama, anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM3000. Kemudian, baki bayaran boleh dibayar secara ansuran sehingga hujung tahun 2022 usai pulang ke tanah air.

Selain syarat di atas, anda dikehendaki menandatangani surat perjanjian bersama pihak syarikat menandakan kata sepakat dan meletakkan apa-apa cagaran yang setimpal dengan harga pakej.
Pakej UHB Travel & Tours ini turut menyediakan bermalam di Taif secara percuma. Mengenai penginapan di hotel, harga akan dicas mengikut kapasiti bilik daripada berdua sehingga berempat. Jika berminat, boleh segera melakukan pendaftaran kerana tempat duduk adalah terhad.