fbpx

Pelaksanaan PKPD Di Beberapa Lokaliti Negeri Pahang Kian Meningkat

- Sponsor -

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, rakyat negeri ini diminta lebih peka dan terus menjaga prosedur operasi standard (SOP). Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus meningkat di beberapa lokaliti.

Menurut beliau, kegagalan mengekang peningkatan kes ini pada peringkat awal akan menyebabkan lonjakan kes yang lebih besar. Ini dibuktikan lagi dengan peningkatan kluster komuniti terutama yang melibatkan institusi pendidikan dan terdapat beberapa lokaliti yang mempunyai kes positif akibat varian Omicron.

Tambah Datuk Dr Nor Azimi Yunus, pelaksanaan PKPD adalah bagi memastikan kesemua komuniti yang terdedah serta berisiko dijangkiti, benar-benar bebas penyakit dan tidak akan menjangkiti orang lain.

Sumber: SinarHarian.com
- Sponsor-

Contoh lokasi yang telah dikenakan PKPD ialah Ladang Felda Kechau 6 Dan 9, Lipis yakni pada 22 Januari sehingga 4 Februari lalu. Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan pula dikenakan PKPD sejak 29 Januari dan akan tamat pada 11 Februari.

Sumber: My.WorldOrgs.com
Sumber: Utusan.com.my

Lokasi terbaharu yang bakal berdepan perintah berkurung ialah Taman Rimba, Mentakab. Pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut bermula pada hari ini sehingga 20 Februari.

- Sponsor -
- Sponsor -