fbpx

Pelajar Tahfiz Negeri Pahang Tampil Cemerlang Di Pertandingan Lawan Pedang

- Sponsor -

Satu pertandingan lawan pedang anjuran Persekutuan Lawan Pedang Malaysia telah diadakan pada 17 Januari 2022 hingaa 19 Januaru 2022. Pertandingan Lawan Peringkat Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2022 itu berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah, Wisma Olympics Council Malaysia (OCM).

Tujuan utama pertandingan ini dijalankan adalah untuk memilih atlet lawan pedang mewakili negara ke peringkat antarabangsa 2022. Pemilihan atlet seterusnya dibahagikan kepada kadet, remaja dan senior.

Seorang pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Sofea Nurfatnin Binti Abd Razak adalah antara pelajar yang menyertai pertandingan tersebut. Beliau yang merupakan pelajar Tingkatan 2 Tahfiz Profesional tampil cemerlang menewaskan beberapa pesaing.

Sumber: Facebook.com/MaahadTahfizNegeriPahang
- Sponsor-

Sofea Nurfatnin telah berjaya mengungguli tempat ke 3 bagi kategori Kadet Perempuan Foil dan mendapat tempat ke 6 bagi kategori Kadet Perempuan Epee pada pertandingan itu.

Sumber: Facebook.com/MaahadTahfizNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/MaahadTahfizNegeriPahang

Tahniah diucapkan kepada Sofea Nurftanin Binti Abdul Razak di atas kejayaan yang dikecapi. Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam karier beliau sebagai atlet lawan pedang.

- Sponsor -
- Sponsor -