fbpx
featured image sizing

Pekan Sehari Temerloh Adalah Yang Terbesar Di Semenanjung Malaysia

Pekan Sehari, Bandar Temerloh adalah terbesar di semenanjung Malaysia terletak di persisiran Sungai Temerloh sepanjang lebih 2,000 meter melibatkan hampir 1,000 peniaga menjadi tumpuan masyarakat mendapatkan pelbagai barangan.

Terletak berhampiran dengan Sungai Pahang di Jalan Lurah Semantan, Pasar Sehari Temerloh padat dengan jualan bermacam jenis barangan,ini termasuklah pakaian, cenderamata, makanan, bahan basah dan banyak lagi.

PREMIUM

Jangan lupa untuk membeli makanan signature Temerloh ikan patin tempoyak yang banyak dijual di sini.

GAMBAR: PEJABAT DAERAH TEMERLOH

Pasar itu dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari menyediakan barangan mentah, keperluan dapur, juadah makanan dan pakaian.

Antara menjadi tumpuan adalah ikan-ikan sungai seperti patin, kerai dan lampam selain kuih muih tradisional, sayur-sayuran hasil petani desa dan udang galah yang dijual dengan harga berpatutan.

SPONSORED

Peniaga dan pengunjung terdiri daripada segenap lapisan masyarakat mencerminkan keharmonian masyarakat Temerloh.

GAMBAR: LENSA MASSA

via: Berita TV9

Rasai Kesedapan Kuih 3 Beradik Tradisional Pahang yang sehingga kini masih kekal menjadi kegemaran dan anda mesti cuba.

Baca juga: Kuih 3 Beradik Pahang Tak Lapuk Ditelan Zaman, Masih Menjadi Kegemaran

Related Posts