fbpx
- Sponsor -

Karak Juga Memerlukan Bantuan Luar Ekoran Kejadian Banjir Yang Berlaku

Ekoran banjir teruk yang menimpa dengan mengejut pada minggu lepas, terdapat banyak kawasan terjejas di negeri Pahang, terutamanya bandar Kuantan.

Namun, selain kawasan-kawasan yang mendapat jolokan di media sosial, perlu kita tahu juga bahawa ada kawasan terpencil merasai ‘tempias’ bencana alam ini.

Sebuah pekan kecil di daerah Bentong iaitu Karak, sering merasai kesan air bah ini dan ia tidaklah dalam skala besar. Cuma, ekoran hujan lebat selama beberapa hari membuatkan Karak turut terjejas. Dikatakan bahawa tahun ini merupakan tragedi terbesar setelah berpuluh tahun.

- Sponsor-

Menurut perkongsian di laman sosial Mohd Fahmi Abd Aziz, antara kawasan-kawasan terjejas ekoran kejadian ini adalah kawasan kampung, bandar termasuklah taman perumahan baharu. Sebelumnya, ia hanya menyerang sebuah dua kawasan sahaja.

Dalam tempoh seminggu lalu, terdapat banyak kemusnahan dari segi harta benda, tempat penempatan dan laluan jalan direkodkan.

Dengan ini, diharapkan Karak turut mendapat perhatian dari mana-mana individu bagi membantu mereka yang memerlukan.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!