fbpx

Pasar Malam Tanjung Lumpur, Pasar Malam Tanpa Tunai Pertama Di Kuantan

- Sponsor -

Pasar malam Tanjung Lumpur telah dipilih sebagai ‘pilot-project’ bagi pelaksanaan pasar malam lestari dan pintar di Kuantan.

Kerjasama dianjurkan Persatuan Ukhwah dan Silaturrahim Pahang, Excellent Success Management Enterprise (ESME) dan Boost itu diharapkan dapat menggalakkan warga Kuantan mengamalkan pembayaran tanpa tunai.

Ini termasuklah membantu peniaga-peniaga kecil mendigitasikan perniagaan mereka dan mengamalkan gaya hidup digital.

Sumber: Facebook.com/MajlisBandarayaKuantan
Sumber: Facebook.com/MajlisBandarayaKuantan
Sumber: Facebook.com/MajlisBandarayaKuantan
- Sponsor-

Pelancaran projek rintis Pasar Malam Lestari dan Pintar itu juga diharapkan dapat menjadi garis panduan serta contoh kepada penganjur-penganjur pasar malam lain sekitar Kuantan terutamanya.

Beberapa budaya kelestarian di kalangan peniaga seperti penggunaan plastik mesra alam, kempen infaq hasil kitar semula minyak terpakai, tiada straw plastik dan bekas polisterine juga akan dilaksanakan.

Langkah ini seiring dalam menjadikan Kuantan sebagai sebuah Bandaraya Indah Lestari.

- Sponsor -
- Sponsor -