fbpx

Papan Tanda Ikon Kepada Taman Negara Musnah Dalam Kejadian Ribut

- Sponsor -

Papan tanda berusia hampir separuh abad yang menjadi ikon pelancongan di Taman Negara musnah dalam kejadian ribut di Kuala Tahan, Jerantut.

Kejadian tersebut turut menggemparkan kira-kira 70 pelancong yang menginap di beberapa buah chalet MTNR.

Kesemua pelancong serta-merta keluar apabila terdengar bunyi kuat pokok Ara tua tumbang menghempap papan tanda itu.

- Sponsor-

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan penghuni dilaporkan ketika ribut yang cuma berlaku kira-kira 10 minit.

Sumber: Agoda.com
Sumber: MutiaraHotels.com

Papan tanda berhampiran pintu masuk pusat penginapan Mutiara Taman Negara Resort (MTNR) itu dibina sekitar 1970-an.

Sumber: Utusan.com.my
Sumber: Packist.com

Ia diperbuat daripada kayu pokok Merbau yang diukir dengan lambang kehijauan hutan dan seekor Badak Sumatera.

Kemudiannya, papan itu diwarnai dengan cat oleh pekerja landskap di sini yang sudahpun bersara.

- Sponsor -
- Sponsor -