Pantai Sepat merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu yang terletak kira-kira 14km dari Kuantan.
Pantai ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana suasananya yang tenang dan nyaman.
Malah, ia juga lebih luas berbanding Teluk Chempedak.

- Sponsor-
Jika anda mempunyai masa terluang, jom berbasikal di Pantai Sepat.
Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah pun menyiapkan Fasa 1 iaitu laluan basikal sepanjang 1.4 KM.




Anda bolehlah singgah menikmati kehijauan sawah padi bersebelahan Pantai Sepat ini.
Fasa berikutnya pula akan fokus pada dataran serta warung di pinggir sawah tersebut.
- Sponsor -