fbpx
- Sponsor -

Pahang Mungkin Dilanda Banjir Kilat Dalam Tempoh 24 jam

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan enam negeri berkemungkinan dilanda bajir kilat dalam tempoh 24 jam jika hujan lebat dan ribut petir berterusan.

Antara negeri itu ialah Pahang, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.

- Sponsor-

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut notis itu. – Bernama

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!