fbpx

Pahang Merupakan Tempat Yang Menarik Bagi Penggemar Makanan


Pahang mempunyai pelbagai jenis tarikan yang unik dan menjadi tempat persinggahan yang sering diperkatakan oleh semua orang tidak kira di dalam mahupun di luar Pahang.

Antara tarikan utama yang tersedia di sini adalah ia dikenali sebagai syurga makanan. Kita boleh merasai pelbagai variasi juadah dari dalam negara mahupun di luar negara.


Bagi mereka yang gemar menonton drama Korea dan ingin mencuba juadah yang ada di dalam drama tersebut, anda wajib ke Myeongdong Topokki ataupun Dubuyo kerana juadah yang tersedia sangatlah menarik dan berbaloi dengan harganya.


Selain hidangan Korea, Pahang juga menyediakan juadah daripada Jepun. Di East Coast Mall, anda dapat merasai pelbagai jenis masakan dari pelusuk dunia. Bagi tekak melayu pula, kita mempunyai Jamantory yang menyediakan masakan kampung, dan menu best-sellers nya adalah masakan patin!

Anda minat akan manisan? Di sini juga terdapat pelbagai jenis restoran yang menawarkan pelbagai jenis manisan yang mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri seperti TPF, di Kuantan City Mall dan juga Dofi di Jalan Penjara.

Anda boleh explore tempat-tempat makan yang menarik di sekitar Pahang dengan menerusi kotak carian di laman web kami atau klik pada menu makan di sini.

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin