fbpx

Pahang Corporation, Agensi Induk Penyelaras Semua Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri


Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan Pahang Corporation. Pahang Corp adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang ditubuhkan pada 21hb Mac 2019.

Penubuhan Pahang Corporation adalah untuk mengkaji cadangan pelaburan dari aspek pulangan dan risiko perniagaan serta memantau perlaksanaan aktiviti perniagaan yang diceburi oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri Pahang mempunyai 40 anak syarikat dalam pelbagai sektor ekonomi. Dengan adanya Pahang Corp, prestasi semua syarikat GLC ini akan dapat dipantau dengan lebih efektif.


Pahang Corp juga akan berfungsi sebagai peneroka sektor baharu yang menjanjikan pulangan pendapatan lebih baik kepada Kerajaan Negeri. Antaranya, ‘teknologi hijau’, ‘digital ekonomi’ dan ‘infrastruktur utiliti’.

Sebagai peneraju utama, Pahang Corp menjadi syarikat utama kepada Pahang Corporate Management Services, Koridor Utiliti Pahang, Pahang Water Energy and Resources Sdn Bhd, dan juga PahangGo.

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mencari maklumat lebih lanjut tentang struktur organisasi Syarikat Pahang Corp buat masa ini.

Apa yang kami tahu, Pahang Corp dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang sendiri. Manakala Encik Mohd Khusaini Harumaini adalah Ketua Pegawai Eksekutif.


Ini kerana laman sesawang Pahang Corp tidak memaparkan maklumat yang lengkap tentang organisasinya dan lebih parah lagi laman web berkenaan juga masih ibarat rumah yang masih belum siap. Jika begini dimanakah digitalisasi nya?

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin