fbpx
- Sponsor -

Pahang Antara Lima Negeri Mencatatkan Prestasi Terbaik Sektor Perkilangan Tahun 2021

BERNAMA melaporkan bahawa Pahang merupakan antara lima negeri utama di negara ini yang mencatatkan prestasi terbaik sektor perkilangan pada tahun 2021.

Laporan tersebut adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pahang berada di tangga ketiga dengan jumlah pelaburan bernilai RM10.5 bilion yang diperolehi daripada pelaburan asing dan domestik.

Sumber: Facebook.com/KerajaanNegeriPahang
Sumber: HMetro.com.my
Sumber: Pandulaju.com.my
- Sponsor-

Kerajaan Negeri Pahang berusaha sehabis baik bagi memastikan negeri ini dapat dibangun dan dimajukan secara menyeluruh dan seimbang demi manfaat rakyat.

Kerajaan Negeri Pahang juga sentiasa komited menyediakan persekitaran yang kondusif serta mewujudkan kestabilan politik yang meyakinkan demi menarik minat pelabur untuk mengembangkan perniagaan dan menanam modal di negeri ini.

- Sponsor -

Disyorkan