Tentang Kami

KUANTANLOKA MEDIA NETWORK (CA0291439-X)

KUANTANLOKA mula ditubuhkan pada Jun 2019, pada mulanya ia merupakan sekadar projek sambilan yang berkongsi maklumat tentang tempat makan, penginapan, destinasi menarik dan info-info terkini di Kuantan. Namun sejak mula dilancarkan, KUANTANLOKA mendapat sambutan yang positif dan sokongan yang padu dikalangan warga Kuantan sehingga mampu mengumpul seramai 3 ribu pengguna aktif dalam masa seminggu.


Akhirnya pasukan KUANTANLOKA mula mengambil ia sebagai projek sepenuh masa dan fokus dalam menghasilkan konten-konten bermanfaat. Dengan slogan 'Semoga Kuantan Ceria Selalu', ia turut merupakan usaha kami dalam mewujudkan sebuah komuniti yang positif disamping menjadikan Kuantan sebagai destinasi terbaik dunia.

Idea ini lahir selepas kami melihat hampir tiada atau kurang media digital yang memfokuskan sepenuhnya info tentang Kuantan secara profesional dan bermutu tinggi. Sebagai anak kelahiran Kuantan, kami nekad menggalas tanggungjawab untuk membangunkan KUANTANLOKA dan bergerak sebagai satu kumpulan.

Biarpun begitu, KUANTANLOKA tidak hanya berkongsi info menarik di Kuantan sahaja, malah merangkumi keseluruhan Negeri Pahang.

Matlamat


Matlamat kami adalah menjadikan KUANTANLOKA penanda aras baharu serta sumber rujukan yang dipercayai dan berkualiti. Ini adalah satu cara untuk kami menghargai dan berterima kasih kepada pembaca di kuantanloka.com.

Sokongan


KUANTANLOKA amat memerlukan sokongan dari ramai pihak untuk terus berkembang maju. Cara paling mudah untuk menyokong usaha kami cukuplah sekadar anda berkongsi artikel kuantanloka.com ke laman sosial anda. Boleh juga like fanpage kami di Facebook dan follow @kuantanloka di Instagram.

Sekiranya anda ingin berhubung dengan kami, sila rujuk pada halaman : hubungi kami.