Hantar Artikel

Sejak mula dilancarkan pada Jun 2019, KUANTANLOKA terus berkembang maju menjadi sebuah portal yang dipercayai melebihi 400 ribu pembaca aktif melayari laman web www.kuantanloka.com.

Matlamat kami adalah untuk mengangkat nilai di Kuantan dan Negeri Pahang khasnya dengan melalui sebuah portal yang mengandungi konten-konten bermanfaat dan berkualiti.

Jika anda berkongsi matlamat sama seperti kami, kini anda boleh menyumbang dalam bentuk penulisan dengan berkongsi artikel menarik anda bersama pembaca KUANTANLOKA. Hantarkan penulisan anda ke email editor[@]kuantanloka.com

Artikel yang ingin disumbang mestilah mempunyai nilai, memberi inspirasi, pengetahuan, kreatif dan positif. Contohnya seperti:

1. Selami Keistimewaan Terenang, Tembikar Tradisonal Melayu Pahang Yang Unik

2. Ketahui Bila Dan Mengapa Kuantan Dipilih Sebagai Ibu Negeri Pahang

3. Jurugambar Ini Pilih Rumah Klasik Kuantan Untuk Hasilkan Fotografi Yang Unik

Pada setiap artikel yang disumbang, team editor kami memberikan semula kredit kepada pemilik asal. Jangan lupa sertakan link akaun media sosial anda sekali.

NOTA: Team editor KUANTANLOKA mengambil masa sekitar 1 minggu sebelum menerbitkan artikel. Jika artikel anda tidak diterbitkan dalam tempoh 30 hari, sila hubungi kami atau berkemungkinan artikel anda ditolak atas faktor-faktor tertentu.

Kami percaya, dengan peluang ini mampu menjadikan negeri dan tanah ini lebih makmur sentosa bila kami menjadi kita.