fbpx
zakatfitra

Orang Pahang Boleh Bayar Zakat Fitrah Secara Online, Kini Lebih Mudah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
SPONSORED

Untuk orang Pahang, kadar zakat fitrah yang dikenakan adalah RM7, masih sama seperti yang diperkenalkan sejak tahun 2013.

Bagi anda yang nak membuat pembayaran, kini urusan lebih mudah. Pembayaran boleh dibuat secara online tanpa perlu walk-in ke kaunter amil.

Pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi Pahang Go atau terus ke laman web zakat pahang di sini.

SPONSORED

Jika anda memilih pembayaran melalui laman web, klik pada link ini. Pilih guest sign-in (sekiranya tidak mahu membuat akaun).

Masukkan username guest dan kata laluan guest123#

Pada paparan dashboard, pilih pembayaran – zakat fitrah.

SPONSORED

Selesai.

Pembayaran secara online kini lebih mudah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web zakatpahang.my

Related Posts