fbpx

Orang Kuantan Jadi Pemilik Baru Koleksi Converse Pertama Dunia Berharga RM48K


Tular minggu ini kenalan kami, Jeroong Wia yang ingin menjual koleksi kasut Converse model pertama dunia berusia 104 tahun pada harga RM48,800 yang dibelinya pada empat tahun lepas oleh sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat.

Kami mula mengenali beliau dalam komuniti traveller pada tahun 2016. Selain komuniti traveller, Jeroong Wia juga amat terkenal dalam komuniti Converse tempatan kerana memilik beberapa koleksi terhad Converse dari tahun 1960, 1970 dan 1980.

Berbalik kepada koleksi model Converse pertama dunia ini, kami mendapat tahu ia selamat terjual kepada seorang collector Kuantan, Pahang. Kasut vintaj ini dijual pada harga RM48,800 bersama sepasang seluar pendek dan pelindung lutut bola keranjang yang dihasilkan pada tahun 1916.


Beli kasut pada harga lebih mahal dari model Perodua Beza buat kami sibuk nak tahu dan mengintai pemilik baru kasut tersebut, Dynamo Rasqputin di Facebook.

Facebook Dynamo Rasqputin

Aktiviti beli jual koleksi barangan vintaj mencecah puluhan ribu ringgit bukanlah perkara mengejutkan. Sebelum ini, Dynamo Rasqputin pernah membeli koleksi baju Geisha ‘buruk’ pada harga RM28k dan menjualnya semula pada harga RM40k.

Untuk anda yang berminat mengenai mengetahui nilai dan harga pasaran barangan vintaj boleh ikuti beliau di Facebook Dynamo Rasqputin.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin