obedose

ObeDose Burger & Western, ‘Patty Homemade’ Dengan Rasa Yang Padu Di Kuantan

Dah 18 kali orang minta kami terbitkan review makan, tapi kali ke 19 ini kami tak ada kekuatan nak tolak. Memang aura dia…

Buat anda yang tertunggu-tunggu segmen makan di KUANTANLOKA, kali ini kami bawakan satu lagi tempat makan berasaskan menu masakan western yang terbaik di Kuantan untuk anda cuba. Dijamin, pilihan kali ini memang berbaloi dan tak mengecewakan.

Yang follow kami di Facebook dan Instagram mesti pernah perasan kemuculan video ObeDose Burger & Western di KUANTANLOKA. Baik, kali ini kami kongsi lebih details kenapa kami sifatkan ObeDose sebagai salah satu pilihan tempat makan terbaik di Kuantan.

ObeDose Burger & Western Cafe

ObeDose Burger & Western Cafe ini berlokasi di Kampung Kempadang, Kuantan. Nak mudah anda boleh ikut saja Google Map. Kafe tepi jalan ini menyediakan menu berasaskan makanan western seperti burger, chicken chop, lamb chop,  spageti, tortila, nanchos dan macam-macam lagi.

Tapi apa yang membuatkan kami jatuh cinta adalah pada keenakan burgernya. Memang terbaik, kalau anda pencinta burger tegar kami amat syorkan anda untuk datang dan cuba sendiri kelainan burger di ObeDose.

SPONSORED

Uniknya, burger di OboDose ini menggunakan patty dan roti homemade yang diadun dengan resepi sendiri. Dua kelainan tentang burger ObeDose patut anda tahu. Pertama ialah  kerana menggunakan patty homemade, dan kedua adalah pada rotinya.

Gigitan pertama pun anda sudah dapat rasa kelainan burger di Obedose. Tambah pula dengan sos istimewa dan keju yang mencair dimasak panas-panas bersama patty tadi, fuh memang padu sungguh. Daging yang juicy habis!

Pada harga RM9.90 melalui set kombo, anda dah boleh makan kenyang. Set ini didatangkan bersama burger (boleh pilih burger chicken atau beef), onion ring, fries cheezy dan minum root beer. Berbaloi, sedap, paling penting harga amat berpatutan.

Set kombo ini paling kami syorkan untuk anda cuba.

SPONSORED

Selain set kombo burger, anda juga boleh cuba set talam untuk potion lebih besar. Boleh makan dalam 3 hingga 4 orang. Set talam pula boleh dinikmati serendah RM39.90 hingga RM45.00 didatangkan bersama Roti John, Lamb Chop, Chicken Chop, Chicken Grill, Spaggeti Oglio, Cheezy Wedges, Metball, Coleslow dan empat minuman teh o ais percuma.

Nak bertukar selera dan cuba kelainan untuk makan malam anda nanti, ObeDose Burger & Western ini kami jamin pastinya tidak akan menghampakan.

Oh ya, kalau anda bercadang nak ke sini, anda sebenarnya boleh buat tempahan lebih awal dengan menghubungi ObeDose Burger & Western andai risau meja penuh. Boleh hubungi mereka di 011 5659 0094 atau follow ObeDose di Facebook dan juga Instagram.

ObeDose Burger & Western beroperasi setiap hari kecuali pada hari Ahad pada jam seawal 4.30pm hingga 11.30pm malam.

Total
87
Shares
Related Posts