fbpx

NikahSatu Nak Sponsor Orang Kuantan Kahwin Free Lagi


Untung jadi orang Kuantan, antaranya adalah sebab selalu dapat peluang kahwin free dekat tempat paling grand di Kuantan.

Kalau anda masih ingat, tahun lepas nikahsatu pernah menaja majlis perkahwinan bernilai RM17k untuk majlis perkahwinan di studio nikahsatu dan di Rumah Abang Jamil. Ini bukan kali pertama pihak nikahsatu sponsor majlis kahwin 100% sepenuhnya.

Dan sekali lagi berita baik. Kami dimaklumkan, pihak nikahsatu sedang melangsungkan cabutan bertuah untuk orang-orang Kuantan dapatkan tawaran kahwin percuma 100% ditaja sepenuhnya oleh nikahsatu sekali lagi.


Buat yang masih belum tahu mengenai nikahsatu, anda boleh lihat artikel-artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini yang ada dalam kotak carian.

Tajaan ini adalah bersempena PKP yang mana kebanyakkan bakal pengantin pening kepala memikirkan masalah majlis perkahwinan. Oleh itu, dengan adanya cabutan bertuah ini diharap dapat mengembirakan bakal-bakal pengantin di Kuantan serta melupakan kepedihan PKP yang sedang melanda ketika ini.

Jika anda merupakan bakal pengantin yang merancang mengadakan majlis kahwin pada Disember 2021 hingga Jun 2022, peluang ini adalah yang patut tidak dilepaskan.

Apa yang perlu dibuat sangat mudah, anda isikan maklumat dalam borang yang disediakan di nikahsatu.com di sini.


Dalam masa sama kami KUANTANLOKA nak ucapkan selamat pengantin baru kepada semua bakal pengantin di Kuantan. Semoga bahagia, jangan lupa sertai kami di Telegram untuk dapatkan info lebih pantas.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin