fbpx
nikahsatu air terjun

NikahSatu Nak Buat Majlis Kahwin Di Air Terjun Pula

Mula bergerak tahun ini, nama perkhidamatan one-stop-center perkahwinan bertapak di Kuantan yang satu ini nampaknya semakin meningkat naik. Tidak hanya meluas di Malaysia, namun mereka turut mendapat perhatian media antarabangsa.

Idea yang fantastik, tahniah!

SPONSORED

Bermula dengan menawarkan majlis nikah dalam studio, seterusnya di Rumah Abang Jamil serta dewan hotel. Tidak lama lagi NikahSatu bakal menawarkan majlis perkahwinan berlatarkan permandangan air terjun pula.

Seperti yang dikhabarkan oleh founder NikahSatu sendiri menerusi posting Facebook beliau, Naimran Yunus, pelan mengadakan majlis kahwin di Air Terjun akan datang tersebut merupakan kolaborasi bersama pihak Pengurusan Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan.

Selain memperkenalkan babak baru dalam industri majlis perkahwinan di Malaysia, pemilihan tema majlis kahwin di air terjun itu juga adalah yang pertama di negeri Pahang yang mana merupakan produk pelacangon kahwin (Wedding Torusim) Pahang.

Kalau awak rasa kat dewan aircond tu biasa, Mungkin awak jenis manusia yg patut kahwin di waterfall.

– Naimran Yunus
SPONSORED

Amat cool sekali. Buat anda yang sudah bosan kahwin dalam dewan berhawa dingin, ayat Naimran Yunus ini mungkin boleh digunapakai.

Meeting kick-start Projek Epic Waterfall Wedding by nikahsatu. Kolaborasi bersama pengurusan Air Terjun Sungai Pandan…

Posted by Naimran Yunus on Tuesday, 17 November 2020

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh NikahSatu, anda boleh layari laman web nikahsatu.com.

Related Posts