fbpx
- Sponsor -

Netizen Kecam Harga Tiket Zoo Teruntum, Kuantan Lebih Mahal Dari Jurassic Genting

Dua hari lepas, penjualan tiket Dinosaur Encounter, Mini Zoo Teruntum, Kuantan telah berlangsung secara atas talian. Pengunjung boleh mendapatkan tiket lebih mudah melalui laman web Shopee.

Buat mereka yang terlepas, harga tiket bagi dewasa adalah RM25 manakala bagi kanak-kanak, warga emas dan OKU pula adalah RM22.

Sepanjang berkongsi harga penjualan tiket ke Dinosaur Encounter Mini Zoo, kami mendapati majoriti warga Kuantan memberi respon negatif. Rata-rata berpendapat harga yang ditawarkan adalah sangat mahal dan tidak setimpal.

- Sponsor-

Anda boleh membaca sendiri respon oleh warga tempatan di Facebook Kuantanloka.

Respon pembaca

Kami lihat, perkara utama yang menjadi persoalan adalah berbaloi atau tidak harga tiket dengan apa yang ditawarkan oleh Dinosaur Encounter, Mini Zoo Taman Teruntum.

Yang pasti, berbaloi atau tidak itu hanya boleh dinilai bila Dinosaur Encounter dibuka kelak. Dari situ kita boleh banding dan membuat penilaian.

Jika mengikut membandingkan antara harga tiket Jurassic Research Center, Genting dan Dinosaur Enconter, Zoo Teruntum, harga penjualan tiket Jurassic Genting boleh didapatkan pada harga jauh lebih murah di platform Shoppe, iaitu RM23.50.

Jurassic Research Center, Genting
Dinosaur Encounter, Mini Zoo Teruntum

Mini Zoo Teruntum kini ditambahbaik, selain daripada menempatkan haiwan, terdapat juga tarikan haiwan animatronik pra sejarah seperti dinosaur yang mana kami lihat keduanya adalah tarikan yang baik bagus untuk kanak-kanak.

Namun begitu, adakah haiwan di Zoo Teruntum meriah seperti atau mungkin seakan hampir seperti yang terdapat di Zoo Negara.

- Sponsor -

Jika melihat dari segi harga, bayaran masuk untuk kanak-kanak di Zoo Negara adalah jauh lebih murah berbanding harga tiket Dinosaur Encounter, Zoo Teruntum.

Harga tiket zoo negara

Ini pula adalah perbandingan harga Zoo Taiping pula.

Zoo Taiping

Jika membuat perbandingan antara Zoo Teruntum dan Zoo Melaka, Zoo Teruntum lebih murah, tetapi berbalik kepada soalan di atas adakah apa yang ditawarkan oleh Zoo Teruntum kali ini setimpal dengan harga?

Zoo Melaka

Buat pengetahuan anda, semasa promosi pembukaan, Zoo Melaka hanya mengenakan bayaran kemasukan RM10 sahaja untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak serta warga emas.

Promosi pembukaan zoo melaka

Diharap pihak Majlis Bandaraya Kuantan boleh pertimbangkan semula harga tiket Zoo Teruntum dengan membuat kaji selidik dengan baik berdasarkan ekonomi serta keadaan semasa sebelum meletakkan sesuatu harga terutama tempat-tempat tarikan pelancongan.

Kita semua tahu, industri pelancongan tempatan baru sahaja pulih sedikit demi sedikit disokong oleh pelancong dalam negara sendiri terutama penduduk lokal.

Kiraan kasar, jika ibubapa yang memiliki 4 orang anak, harga bayaran sekali masuk sudah menelan belanja sebanyak RM138. Kemungkinan nilai Rm138 yang kecil di mata kita itu besar bagi mereka yang kurang berkemampuan.

- Sponsor -

Disyorkan