fbpx
featured image sizing

Naskah Al-Quran Berusia 300 Tahun Tulisan Tangan Ulama Chenor, Pahang

Mungkin ramai yang tidak mengetahui terdapat al-Quran tulisan tangan yang ditulis oleh seorang ulama di negeri ini. AL-Quran itu yang kini berusia 300 tahun milik wali Allah Pak Minhat itu kini disimpan di Pondok Raudhah Al-Muhibbin di Kampung Seberang Chenor.

Kini bukan sahaja al-Quran berkenaan tetapi pelbagai artifak milik ulama silam Chenor dapat dilihat apabila pihak Pondok Raudhah Al-Muhibbin atau di kenali Madrasah Pak Kob mewujudkan Galeri Ulama Awla di situ.

PREMIUM

Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sedang dilakukan penuh tanggungjawab dengan sokongan dermawan kerana al-Quran bertulisan tangan bernilai tinggi yang ditulis oleh seorang waliyullah kelahiran Chenor.

GAMBAR: SALEHUDIN MAT RASAD
GAMBAR: SALEHUDIN MAT RASAD

Al -Quran yang ditulis sekitar tahun 1700 masihi diwariskan kepada keluarga ulama terkenal itu dan seterusnya diamanahkan kepada Pondok Raudhah Al-Muhibbin memelihara dan memuliharanya.

Menurutnya, galeri itu dibuka setiap hari selepas solat asar bagi membolehkan masyarakat melihat sendiri pelbagai peninggalan ulama yang berasal dari daerah Chenor.

SPONSORED

Artifak lain di galeri berkenaan ialah kitab milik Tengku Haji Abdul Rahman Pondok Pangsenam Temerloh, Kitab milik Tuan Guru Haji Abdul Hamid Kampung Sanding, Chenor, kendi tempat wuduk Waliyullah Tuan Cik Leh dan pelbagai lagi.

GAMBAR: SALEHUDIN MAT RASAD

Tambahnya, galeri itu juga memaparkan beberapa artifak peninggalan pahlawan dan ulama Terengganu, Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh yang dihadiahkan kepada muridnya yang berasal dari Chenor.

Artifak itu ialah tempat letak serban Tokku Paloh, rotan gelung Haji Abdul Rahman Limbong, tempat hidangan makanan Tokku Syed Saqqaf, kitab karangan waliyullah Tuan Tabal.

Selain itu terdapat kayu rengas Tok Pulau Manis, mangkuk tembaga tulisan khat Arab berusia lebih 300 tahun dan tempayan Mukim Hassan anak murid Tokku Paloh serta gambar ulama luar dan dalam negara.

GAMBAR: SALEHUDIN MAT RASAD
SPONSORED

Dalam pada itu, pihak pondok turut berusaha memelihara dan menaiktaraf surau-surau lama, makam-makam lama berkaitan sejarah kesultanan Acheh yang terdapat di daerah itu.

Selain itu beliau menyatakan, pihaknya juga memelihara tempat-tempat bersejarah peninggalan ulama di daerah ini seperti Makam Tuan Puteri Berdarah Putih di Kampung Pesagi, Chenor.

via: Salehudin Mat Rasad

Anda mungkin berminat untuk mengetahui peninggalan sejarah Kerajaan Islam Acheh di Chenor yang dijumpai.

SPONSORED

Baca juga: Makam Berukiran Kerajaan Islam Acheh Ditemukan Di Chenor Dipercayai Seorang Puteri

Related Posts