Sebut sahaja tentang buah strawberi, ramai yang membayangkan suasana sejuk Cameron Highlands dengan keenakan buah strawberi rangup manis.
Namun di sebuah restoran di Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands ini pula mengubah kegunaan strawberi kepada sesuatu yang lebih unik.
Dikenali juga sebagai ‘Abang Strawberry’ ini terkenal dengan menu masakkan nasi lemak sambal strawberi yang menjadi kegilaan mereka yang datang.


Walaupun menu utama mereka adalah nasi lemak, namun pelbagai lagi sajian strawberi yang sedap anda boleh cuba jika datang ke sini.
Terletak tidak jauh dari Tanah Rata, anda boleh datang kesini untuk sarapan pagi dan juga makan tengah hari.
Diharapkan sambal strawberi ini mampu mengangkat nama Malaysia hingga ke persada antarabangsa kerana ia adalah kombinasi masakkan tradisional dengan menggunakan buah antarabangsa.

via: Abang Strawberry
Nikamti hidangan kopi yang disajikan dalam gelas terbalik di Kuantan ini
Baca juga: Hidangan Unik Kopi Dalam Cawan Terbalik Kafe Ini Di Kuantan