fbpx
- Sponsor -

Nasi Kebuli, Sajian Istimewa Yang Semakin Hampir Tidak Dikenali Generasi Sekarang

Kuala Lipis adalah bandar warisan sejarah yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke- 19 semasa pentadbiran era kolonial British, Sir Hugh Clifford. Lipis juga terkenal dengan pelbagai masakan tradisi dan salah satunya ialah Nasi Kebuli atau Nasi Ke Bawah Duli.

Nasi Kebuli ini asalnya hanya menjadi makanan warisan DiRaja atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Hidangan khusus ini begitu popular di kampung sekitar Kuala Kenong, Kampung Budu, Jelai, Tanjung Besar, Kuala Medang , Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala Lipis khasnya.

Menurut sejarah , kewujudan nasi ini bermula apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah (1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di kampung ini.

Sumber: Malaysiaaktif.my
Sumber: Malaysiaaktif.my
- Sponsor-

Mendengar hasrat baginda ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung, penduduk kampung kemudiannya bergotong-royong menyediakan masakan tersebut. Berdasarkan peristiwa itulah ia dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Kebawah Duli.

Cara pembuatan Nasi Kebuli ini bagaimanapun sedikit rumit dan memerlukan sejumlah ramuan yang agak banyak. Malah terdapat tiga bahagian menu yang perlu dimasak secara berasingan iaitu nasi tu sendiri, ayam goreng serta menu pelengkapnya yang digelar stu Mediterranean.

Sumber: Umminani.com
Sumber: Umminani.com

Walaupun beraroma dan lazat, entah mengapa sajian berkenaan semakin dilupakan dan hampir tidak dikenali oleh generasi sekarang. Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan sajian ini tidak menempa nama seperti nasi kerabu, nasi ambeng ataupun nasi minyak.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!