fbpx
nasiayampapa

Nasi Ayam Papa Antara Tempat Makan Wajib Terjah Di Kuantan

Paling seronok, di Kuantan ada banyak makanan ikonik yang anda kena cuba bila datang ke sini. Kuantan ada hampir pelbagai jenis makanan lokal yang setanding dengan jenama antarabangsa namun pastinya ia adalah made in Kuantan.

Salah satu antaranya adalah Nasi Ayam Papa. Kalau anda ke Kuantan, pastikan Restoran Nasi Ayam Papa ini masuk dalam senarai tempat makan yang wajib anda terjah di sini.

Apa yang special di Restoran Nasi Ayam Papa?

Nama pun Restoran Nasi Ayam Papa, sudah tentu menu utama adalah Nasi Ayam. Tapi bukannya nasi ayam tipikal yang selalu anda jumpa. Di Nasi Ayam Papa, menu utama yang dihidangkan adalah nasi ayam hainan.

Walaupun dimiliki oleh bumiputera, namun dijamin rasa nasi ayam hainan di Restoran Nasi Ayam Papa ini tak terkalah seperti nasi ayam hainan gaya masakan Cina (Chinese Style).

SPONSORED

Jadi kalau anda mencari lokasi nasi ayam hainan di Kuantan, Restoran Nasi Ayam Papa ini mungkin pilihan yang tepat. Kualiti rasa nasi yang dihidangkan bersama sup dan sambal pasti buat anda rasa puas hati. Tambah pula kicap dan ayam Roasted tu memang ‘ngam’ sungguh!

Nasi Ayam Papa Regular Roasted
Nasi Ayam Papa Percik

Kami cuba menu regular iaitu nasi ayam hainan Roasted dan ayam percik. Betul, di Restoran Nasi Ayam Papa memang ada menu nasi ayam hainan Percik. Bukan ayam percik saja, ayam steamed dan ayam rendang pun ada juga.

Jika pertama kali datang, kami mencadangkan anda cuba nasi ayam hainan Roasted terlebih dahulu. Boleh kata ayam roasted ini menu paling top dan wajib cuba. Kiranya, ini adalah signature menu di Restoran Nasi Ayam Papa.

Untuk pengetahuan anda, nasi ayam hainan ini ditawarkan dalam bentuk set didatangkan bersama minuman atau juga boleh dipesan secara ala carte.

Pak Choy Oyster Sauce
Steamed Tofu With Oyster Sauce
SPONSORED

Tambah lagi enak, jangan lupa cuba dua hidangan sampingan ini. Pak Choy dan Steamed Tofu with Oyster Sauce. Dua kombinasi Side Dishes yang padu dikenakan bersama nasi ayam hainan.

Kami sangat suka Steamed Tofu. Kelembutan taufu soya yang disekalikan sos tiram itu memang beri rasa yang sempurna sebaik melebur dalam mulut. Sangat sedap. Anda boleh minta lebihkan sikit sos untuk nikmat yang lebih jitu.

Selain menu nasi ayam hainan, Restoran Nasi Ayam Papa menawarkan pelbagai lagi menu lain seperti Bubur Ayam, Chicken Noodle Soup, Dry Wantan Chicken Noodle, Baby Kailan With Oyster Sauce dan Tauge Kicap.

Macam tak percaya kan? Nasi ayam persis dalam mall ini sebenarnya adalah perniagaan milik bumiputera lokal Kuantan. Tak hanya konsisten pada kualiti rasa, persekitaran bersih dan sistem mesra pelanggan di Restoran Nasi Ayam Papa berjaya meletakkan ia pada satu tahap yang lain.

SPONSORED

Terdapat dua cawangan Nasi Ayam Papa di Kuantan, cawangan pertama di Beserah dan yang kedua pula berlokasi di Bandar Indera Mahkota 7.

Buat anda yang tertanya-tanya nasi ayam hainan terbaik di Kuantan, Restoran Nasi Ayam Papa ini tentunya pilihan paling ideal. Pastikan tempat ini masuk dalam senarai bakul anda nanti!

Lokasi 1 : Jalan Kuantan – Kemaman, Perkampungan Bayu, Beserah 26100, Kuantan
Waktu Operasi : 10 am – 5 pm, Jumaat tutup.
Lokasi 2 : B16 GF Suria Atabara, Indera Mahkota 7, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan
Waktu Operasi : 10 am – 10 pm setiap hari
Hubungi : 019 989 9355

Atau follow Nasi Ayam Papa di Facebook dan Instagram

Related Posts