fbpx

Mural ‘Lagenda Naga Tasik Chini’ Menghiasi Bandar Pekan

- Sponsor -

Aktif menceburi persada seni sejak sekolah menengah, seorang pelajar UiTM Shah Alam berusia 23 tahun iaitu Wan Muhammad Huzaifah kini merupakan salah seorang finalis bagi pertandingan Bakat Muda Sezaman 2021 (BMS 2021).

BMS 2021 di bawah anjuran Balai Seni Negara adalah antara salah satu pertandingan terbesar dalam bidang seni di Malaysia. Memilih bandar Pekan di antara lokasi yang tersedia di Pahang, Wan Muhammad Huzaifah atau dikenali sebagai Wan Huzaifah mengetengahkan konsep doodle art di dalam mural beliau.

Walaupun pertandingan berkenaan dibarisi artis-artis ‘otai’ yang berkebolehan, perkara tersebut nyata tidak menjejaskan rentak beliau. Lukisan mural yang berpandukan Lagenda Naga Tasik Chini akhirnya siap, mengambil masa 12 hari untuk melengkapkannya.

Sumber: Wan Huzaifah
Sumber: Wan Huzaifah
- Sponsor-

Menurut Wan Huzaifah, karya mural ini merupakan kesinambungan daripada karya bersiri beliau. Karya bersiri dibalik lagenda siri pertama telah dihasilkan mengenai mitos Gergasi Bota di daerah Perak Tengah iaitu di Seri Iskandar.

Sumber: Wan Huzaifah
Sumber: Wan Huzaifah
Sumber: Wan Huzaifah

Untuk siri kedua, beliau memilih Tasik Chini yang memang popular dengan kisah-kisah mitos atau lagenda yang sering diceritakan oleh orang-orang tua. Antaranya kisah kewujudan naga iaitu Sang Gunum dan Sang Chini, kisah sumpahan penyakit gatal dan wujudnya tamadun purba.

Kesemua perisitiwa berkaitan tasik ini telah diselitkan anak muda ini di dalam karya beliau. Sebagai contoh, dapat dilihat dua ekor naga gergasi sedang mengganas. Terdapat juga pokok-pokok teratai dan sebuah piramid menjadi simbolik untuk menunjukkan tamadun yang dikatakan berasal dari Thailand.

- Sponsor -
- Sponsor -