fbpx
lian malaysia

Mula Luaskan Permainan ‘Buah Pukol’ Di Kuantan, Kenali Guru Tua Lian Malaysia

Buah Pukol, Buah Pukul atau Lian merupakan salah satu daripada seni bela diri yang popular dalam masyarakat Melayu. Buah pukul adalah sebahagian daripada pecahan silat, namun miliki corak permainan yang unik dan berbeza.

Terdapat banyak sumber di internet menceritakan sejarah asal usul bagaimana permainan buah pukul ini meresap menjadi sebahagian daripada seni bela diri Melayu.

Dari Mersing, permainan buah pukul hari ini semakin dikenali luas. Bukan di Malaysia sahaja, malah seni bela diri Melayu yang satu ini turut dipelajari serata dunia. Tak mahu bercerita mengenai asal usul buah pukul, sebaliknya kali ini kami ingin berkongsi cerita inspirasi anak Pahang yang telah melakar nama dalam seni bela diri ini.

GAMBAR: FACEBOOK LINGKARAN GERAK LIAN MALAYSIA

Di Kuantan, Pahang seni bela diri aliran buah pukul antara yang masyhur selain dari silat-silat lain. Salah satu daripadanya adalah dari Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia (PLGLM).

Terdapat lebih dari lima gelangang Lingkaran Gerak Lian Malaysia di Kuantan, Gelanggang induk berlokasi di Taman Cenderawasih Indah, 25000 Kuantan, Pahang. Biarpun begitu, Lingkaran Gerak Lian Malaysia berkembang maju ke serata Malaysia antaranya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang yang lain.

SPONSORED

Uniknya, Lingkaran Gerak Lian Malaysia bukan sahaja dipelajari oleh orang Malaysia. Seni bela diri aliran ini turut menarik minat orang luar untuk mempelajarinya. Nama Lingkaran Gerak Lian Malaysia sudah terbang jauh ke Itali, dan mempunyai beberapa orang pelajar yang masih aktif menghidupkan corak permainan buah pukul Gerak Lian Malaysia di sana.

Guru Utama, Nazri Bin Hussin (Pok Yie) berbaju merah

Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia di asaskan oleh Tuan Nazri Bin Hussin (Guru Utama) atau mesra di panggil Pok Yie sahaja. Beliau mula mempelajari seni bela diri ini adalah pada tahun 1964 dan mula mengajarnya bermula pada tahun 1965.

Pada tahun 2004, beliau menerima anugerah Pendekar Pahang oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Dalam aliran buah pukul, beliau diangkat sebagai tokoh yang disegani. Kiraan Nasab, beliau belajar seni bela diri buah pukul dari generasi ketiga Awang Daik, melalui Ali Pok Cheng. Ali Pok Cheng merupakan anak didik Awang Daik dan juga guru kepada guru Pok Yie iaitu Pok Leh dan Pok Da.

Pada tahun 2000, Pok Yie telah merevolusikan permainan buah pukul tanpa menceduk atau mencampur aduk dari teknik seni bela diri lain. Permainan asal buah pukul 12 Lian telah dikembangkan menjadi 22 Lian sebagai pelengkap sempurna yang diterapkan dalam permainan Liangkaran Gerak Lian Malaysia.

LUCA (depan dua dari kanan) warga negara Itali, pelajar di Lingkaran Gerak Lian Malaysia
SPONSORED

Memperkemaskan permainan asal dan merevolusikan teknik ‘buah pukol’ sebagai pembaharuan yang lebih baik, maka pada tahun 2016 Lingkaran Gerak Lian telah berjaya menghasilkan satu sukatan lengkap dalam silibus yang dipraktikan penggiat seni bela diri Liangkaran Gerak Lian Malaysia.

Kehebatan beliau dalam permainan buah pukul dan merevolusikannya kepada satu tahap lain dianggap brilliant kerana berjaya menghasilkan corak permainan yang relevan tanpa meninggalkan keaslian permainan buah pukul.

Lebih menarik, ketika artikel ini ditulis iaitu pada 17 Julai 2020, tarikh ini juga merupakan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-72. Sempena itu, kami ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran dan semoga Tuan Nazri Bin Hussin terus sihat selalu.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan mereka di Facebook Persatuan Lingkaran Gerak Lian Malaysia.

SPONSORED

Sekiranya anda ingin berkongsi story inspirasi, kreatif, budaya atau tokoh-tokoh menarik negeri Pahang bersama pembaca kami, sila rujuk pada bahagian hantar artikel atau hubungi kami di sini.

Jangan lupa sertai kami di saluran Telegram @kuantanloka untuk dapatkan update terkini lebih laju!

Related Posts