fbpx
featured image sizing

Mossy Forest Tutup Sementara Untuk Penyelenggaraan

Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest dan aktiviti mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands ditutup bermula 11 Ogos hingga 25 September depan bagi tujuan penyelenggaraan jalan menuju kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Regina Mariah Jong berkata, baik pulih membabitkan sepanjang 4.9 kilometer (km) diselenggarakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands.

PREMIUM

Menurutnya, penyelenggaraan jalan itu akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung yang menjadi lokasi utama pelancong dalam dan luar negara

GAMBAR: JomJalan
GAMBAR: Planet and Go

Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest menerima antara 200 hingga 300 pengunjung ke TER Mossy Forest setiap hari dan jumlah itu bertambah berkali ganda ketika cuti umum.

Menurutnya, Mossy Forest, menerima 73,586 pelancong pada Mac hingga Disember tahun lalu dengan nilai pendapatan sebanyak RM940,895 kepada JPNP.

SPONSORED

Bagaimanapun katanya, jumlah pengunjung berkurangan tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun apabila selepas kerajaan memberi kelonggaran perjalanan kini pelancong mula bertambah.

via: Sinar Harian

Mossy Forest adalah diantara hutan yang tercantik di dunia yang boleh anda lawati. Pemandangan yang cantik dan suasana yang dingin

Baca juga: Mossy Forest Di Pahang Ini Merupakan Antara Hutan Tercantik Di Dunia

Related Posts