fbpx
eko

Mossy Forest Di Pahang Ini Merupakan Antara Hutan Tercantik Di Dunia

Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang terletak di Cameron Highlands merupakan tempat yang penuh dengan keunikkannya tersendiri. Tempat yang berada di kaki Gunung Irau ini merupakan hutan yang penuh dengan hamparan lumut yang sangat berlainan dari hutan-hutan yang lain.

Adakah anda tahu, tempat ini pernah menjadi tempat penggambaran filem Puteri Gunung Ledang? Memang menarik dan indah hutan ini. Hutan Lumut ini membolehkan anda aksesnya menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan disini kabus adalah sangat tebal.

PREMIUM

Setelah sampai sahaja, anda mesti akan mengigil kerana kesejukkannya, jadi anda sangat disarankan untuk memakai pakaian yang sesuai disini. Semakin anda berjalan semakin sejuk tempat ini.

Anda dinasihatkan untuk naik bersama pemandu pelancong yang lebih arif. Namun jika anda yakin tidak akan sesat, anda dipersilakan untuk datang sendiri.Ingatlah bahawa laluan disini sempit, berlubang dan mempunyai permukaan tanah sangat licin.

Kredit: Adib Harith
kredit: Adib Harith

Diingatkan kepada semua pelancong yang datang ke Mossy Forest ini supaya jangan gatal tangan dan kaki nak sentuh lunut-lumut di pokok ini. Ini adalah kerana lumut tersebut mengambil masa yang lama untuk tumbuh. Bukan satu bulan tetapi, lebih kurang 70 ke 100 tahun untuk tumbuh setaraf itu.

Related Posts
gua merapoh
GO!

Jom Eksplorasi Ke Gua Merapoh Pahang

Seringkali Pahang selalu terkenal dengan lambakan pantai-pantai yang indah, tapi untuk pengetahuan anda negeri Pahang juga kaya dengan…