70276883_3208498415844514_4669432201614458880_n

Monumen Titik Tengah Semenanjung Malaysia Di ‘Bandar Ikan Patin’

Tidak lama lagi, Temerloh yang terkenal dengan gelaran ‘Bandar Ikan Patin’ akan menjadi satu lagi lokasi tarikan pelancongan di Pahang iaitu Monumen Titik Tengah Semenanjung.

Monumen Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kampung Paya Siput, Temerloh. Ia merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia. Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih untuk mengambil kira-kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut.

Dalam rekaan seni bina mercu ini dapat dilihat terdapat 5 pacakan buluh codong menghala ke arah kiblat manakala 5 pacakan buluh tersebut dikatakan simbolik kepada asas 5 rukun Islam.

Monumen Titik Tengah Semenanjung di Termeloh ini telah pun memasuki fasa akhir pembinaan dan bakal dibuka kepada umum tidak lama lagi. Jika anda merancang ke Pahang nanti, lokasi ini mungkin boleh dijadikan subjek lawa untuk konten Instagram anda!

Total
5
Shares
Related Posts
gua merapoh
GO!

Jom Eksplorasi Ke Gua Merapoh Pahang

Seringkali Pahang selalu terkenal dengan lambakan pantai-pantai yang indah, tapi untuk pengetahuan anda negeri Pahang juga kaya dengan…