fbpx
tandas

Mini Zoo Kuantan Bakal Dilengkapi Teknologi Tandas Pintar Tahun Depan

Satu lagi penambahbaikan yang dibuat Majlis Perbandaran Kuantan. Tidak lama lagi Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan bakal dilengkapi dengan teknologi tandas pintar yang baharu dijangka mula boleh digunakan pada tahun hadapan.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin. Dengan adanya tandas pintar tersebut dijangka mampu menjimatkan tenaga elektrik, air dan kos penyelengaraan sebanyak 50 peratus.

SPONSORED

Berdasarkan apa yang kami faham, teknologi smart toilet atau tandas pintar tersebut adalah sama seperti yang telah digunakan di negara negara maju.

gambar hiasan

Sebagai penduduk lokal, kami amat menyokong idea ini, kemungkinan ini adalah tandas berteknologi yang pertama di negeri Pahang. Ia bukan sahaja bagus dari segi penjimatan namun dalam masa sama memberikan kemudahan yang selesa kepada pengguna serta baik untuk alam sekitar.

Diharapkan lebih banyak teknologi-teknologi sebegini mula diperkenalkan di negeri Pahang pada masa akan datang.

SPONSORED

via: SHO

Related Posts