fbpx

Minggu PKS Kebangsaan 2021 Buat Kali Pertama Secara Atas Talian

RAKAN KERJASAMA


Mengetahui PKS kini mempunyai kesukaran menjalankan perniagaan kerana dihimpit pandemik COVID-19, SME Corp. Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan Minggu PKS Kebangsaan 2021. 

Program ini telah bermula 26 Jun 2021 hingga 4 Julai 2021, secara dalam talian. Buat julung kalinya, pameran dan semua aktiviti yang dahulunya dilakukan secara fizikal, kini akan diadakan secara maya melalui portal MyAssist MSME.

Portal tersebut dibangunkan khusus untuk menghebahkan maklumat berkenaan inisiatif dan bantuan Kerajaan dalam membantu kelangsungan perniagaan Usahawan dan PKS sewaktu COVID-19.


Portal MyAssist MSME menyediakan maklumat terkini dan memperkenalkan pelbagai modul. Antaranya MatchMe, modul ini menawarkan program padanan perniagaan bersama wakil pasaraya dan syarikat-syarikat besar.

Sebelum ini sesi padanan ini hanya berjalan di meja kecil, tetapi kini pengusaha boleh melakukan secara dalam talian. Lebih fleksibel dan lebih mudah untuk usahawan.

Modul MeetMe pula memberikan peluang kepada usahawan untuk mendapatkan khidmat nasihat perniagaan daripada Kaunselor Perniagaan terlatih, tanpa perlu hadir ke pejabat SME Corp. Malaysia. 

Siri webinar dengan topik menarik turut dibawakan oleh pakar industri terpilih, akan turut dianjurkan. Topik-topik yang dipilih adalah bersesuaian dengan kelangsungan PKS pada zaman pandemik kini. Anda boleh menyertainya dengan mengikuti Facebook rasmi SME Corp. Malaysia.


SME Corp Malaysia Pahang pula bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang dalam proses pemilihan dan penetapan Usahawan PKS yang mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka. Anda boleh ketik e-pameran dan pilih Pavilion Pahang bermula pada 29 Jun 2021.

Antara PKS Pahang yang terlibat adalah pengusaha strawberry; Abang Strawberry (Cameron Highland), pembuat kek dan kuih Sugar Dinda (Kuala Lipis), sambal hitam Pahang, Sambal Hitam Idrah (Jerantut), produk sejuk beku; Anasaji Frozen Food (Kuantan), Pusat Spa; Rembayu Spa (Jerantut) dan lain-lain.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin