fbpx
photo_2020-02-20_22-22-13

Minat Seni, Lelaki Ini Hiasi Bandar Kuantan Dengan Seni Mural Yang Artistik

Bagi menghasilkan sesuatu yang luar biasa, sudah pastinya anda memerlukan usaha dan teknik yang hebat untuk melaksanakannya. Apatah lagi jika anda berada di dalam bidang seni kreatif yang memerlukan masa dan inspirasi yang tinggi untuk menyiapkan sesuatu projek.

Perkara ini tidak asing kepada Mohd Amir Bin Farouk yang mulai berminat kesenian dari usia mudanya. Beliau mempunyai perkerjaan dalam bidang seni yang sangat unik di Kuantan ini. Beliau adalah artis mural yang menghasilkan karya mural yang sangat mempersonakan.

PREMIUM

Masa yang diambil beliau untuk menyiapkan satu mural biasanya dalam tiga atau empat hari, bergantung kepada corak dan reka bentuk yang dipilh serta saiz mural itu sendiri. Selain itu, cuaca dan juga persekitaran tempat mural itu juga dititikberatkan dalam proses lukisan mural yang dilakukan oleh beliau.

Tambahan lagi, beliau mengambil tempahan dan menilai harga lukisan mural ini mengikut reka bentuk yang pelanggan mahukan dan pada sesetengah tempahan mengikut perkaki lukisan mural tersebut. Kebiasaanya saiz mural yang ditempah adalah 10 kaki dan keatas.

Sebelum beliau melakukan lukisan mural, beliau akan bermula dengan membuat ‘airbrush’ iaitu sejenis cat tangan, yang dipenuhi dengan udara termampat dan digunakan khas untuk lukisan. Beliau akan ‘airbrush’ pada motosikal, skuter, basikal downhill, papan luncur terlebih dahulu.

Corak ini adalah 70 kaki panjang dan 15 kaki tinggi
SPONSORED

Gambar di atas merupakan sebahagian daripada lukisan mural yang telah dihasilkan oleh beliau. Terkini adalah mural vespa besar yang dilakar di bangunan Jalan Tun Ismail, Kuantan. Buat anda yang meminati seni mural, anda boleh ikut beliau di Facebook Amer Farouk.

Related Posts