fbpx
- Sponsor -

Mercu Tanda Jalan Besar Dahulu Yang Kini Dihidupkan Kembali

Bangunan mercu tanda Jalan Besar suatu ketika dahulu, Bangunan Hock Bee adalah bangunan setinggi 5 tingkat.

Bangunan ini merupakan pejabat syarikat Hock Bee Brothers yang telah diusahakan oleh orang yang berpengaruh di Kuantan suatu masa dulu, Dato’ Lim Hoe Lek.

Sejarah mengatakan Bangunan Hock Bee yang dibina pada tahun 1971 ini merupakan bangunan tertinggi di Kuantan pada waktu tersebut.

- Sponsor-

Dato Lim Hoe Lek, lelaki yang telah berhijrah dari Fujian, China pada tahun 1910 ke Tanah Melayu terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan di sini.

Dulu Jalan Besar Dikenali Jalan Utama

Beliau telah berjinak dalam dunia perniagaan sejak berumur 17 tahun lagi.

Perniagaan beliau berkembang luas dari Gambang, Kuantan hingga ke Singapura.

Akhirnya pada tahun 1947, beliau mengasaskan Hock Bee Brothers Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembangunan hartanah dan perladangan kelapa dan getah.

Bangunan mercu tanda Jalan Besar ini telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan sejarah kebudayaan dan ekonomi bandar Kuantan sejak zaman kemerdekaan.

Gambar sekitar 1907

Ketika zaman kegemilangannya, ia menjadi tumpuan untuk mendapatkan barangan keperluan rumah asas seperti perkakas dapur dan perkakas perumahan yang lain.

- Sponsor -

Salah satu jenama yang dapat dijumpai di sini adalah baranagan dari jenama Rinnai yang telah diasaskan di Jepun sejak tahun 1920.

Tidak cukup dengan itu, bangunan ini juga pernah menjadi ‘port’ utama untuk pakar matematik mencuba nasib dengan bermain ‘nombor ekor’ 4D.  

Masa berlalu dengan pantas dan sejarah lama mula menjadi nostalgia buat semua warga bandar.

Jalan Besar kini menjadi nadi ekonomi kepada masyarakat Pahang. Bangunan yang sebelum ini terbiar, kini mula dipenuhi dengan kedai dan perniagaan yang unik dengan cara mereka sendiri.

Deretan Kedai Jalan Besar, Kuantan

Walaupun syarikat Hock Bee telah berpindah operasi sejak tahun 1996, namun legasi bangunan yang menjadi simbol kemajuan Jalan Besar ini masih kekal di hati golongan muda kini.

Seni bina lama ini wajar dikekalkan sebagai tatapan sejarah yang perlu dikunjungi apabila berkunjung ke bandar Kuantan.

Lagi-lagi Jalan Besar kini menjadi lebih meriah dengan adanya Menara Kuantan 188 dan Kuantan Art Street. ‘Port instagramable’ ini sentiasa dipenuhi manusia terutamanya ketika hujung minggu.

Jalan Besar 2022
- Sponsor -

Kini selepas 25 tahun, sekumpulan usahawan tempatan sekitar Kuantan mengambil langkah berani untuk memberi nafas baru supaya bangunan ini terus hidup dan relevan.

Misi utamanya adalah untuk terus mengekalkan keseiringan bangunan ini dengan kemegahan sejarahnya dahulu dan keperluan perniagaan dan budaya sekarang.

Dan proses rejuvinasi bangunan ini boleh dibahagikan kepada 3 fasa utama.

Fasa Pertama adalah perkenalan kafe yang akan memenuhi ruang bawah dan lantai mezanin. Untuk itu, ruang ini akan diambil oleh Kafe Ms Elliot yang baru sahaja dibuka.

Kafe Ms Elliot

Fasa Kedua pula akan menempatkan ruang sosial dan budaya. Berkemungkinan besar aktiviti berkisar muzik dan hiburan akan menjadi salah satu pilihan yang ada.

Fasa Ketiga pula adalah fasa untuk ruang penginapan berkonsep atas bumbung yang bakal menjadi sambutan terutamanya untuk pelancong dan expatriat yang datang menikmati seni dan sejarah bangunan lama di sini.

Sudah tentu jika semua perancangan ini siap mengikut perancangan, ia akan memeriahkan lagi ekosistem perniagaan yang berada di Jalan Besar.

Dan pastinya, kami Kuantanloka yang mempunyai pejabat di sini teruja apabila banyak perniagaan wujud di Jalan Besar sekaligus merancakkan ekonomi bandar kita.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!