fbpx
buaya pahang

Menurut Kisah Legenda, Inilah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Buaya di Pahang tidak makan atau ganggu orang! Itulah antara sebahagian kisah-kisah menarik di Pahang yang diceritakan dari turun temurun. Tanggapan ini seakan benar.

Pada tahun lepas (dan tahun-tahun lain), ada banyak cerita berkenaan kemunculan sang buaya di Kuantan, salah satunya pernah diterbitkan di Harian Metro berkenaan orang awam melihat kelibat buaya di Sungai Kuantan berdekatan Medan Warisan, Tanah Putih.

PREMIUM

Adakah buaya di Sungai Pahang jinak, atau spesies tidak makan daging yang hanya makan sayur? Baik, kali ini kami kongsikan satu kisah legenda kenapa dikatakan Buaya di Sungai Pahang tidak ganggu orang.

Berdasarkan catatan yang dikongsi di portal negeripahang.com, kehebatan ilmu orang dahulu kala dalam bab mistik dan paranormal adalah amat menakjubkan.

Misalnya dalam zaman peperangan jepun dan komunis. kisah kehebatan pawang-pawang tidak dapat disangkal lagi. Pawang Kader, seorang tokoh yang disegani, namanya amat dikenali di Pahang terutama sekali di kawasan Bera, Temerloh, Jerantut dan lain-lain.

SPONSORED

Nama diberi Haji Abdul Kader bin Haji Awang manakala ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin. Beliau dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh/Bera. Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun. Dari cerita lisan, beliau adalah seorang pawang besar di Pahang.

Kebolehannya dalam menjinakkan dan mengarahkan buaya-buaya di Pahang adalah amat diluar logik akal manusia. Jasa beliau turut besar dalam hal keselamatan nyawa penduduk kampung mahupun orang asli di sepanjang sungai Pahang. malah penglibatan beliau tidak dapat disangkalkan lagi.

Pernah terjadi ada seorang orang asli di Tasik Chini telah dibaham buaya dan sempat menyelamatkan diri, kemudian pawang kader telah memanggil buaya itu (dengan cara tertentu) dan kemudian yang amat menghairankan lagi buaya itu datang dan beliau menghukum buaya tersebut kerana bertindak agresif terhadap manusia.

Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian pelik itu, termasuklah mangsa yang digigit buaya tersebut. Nama-nama seperti Pawang Kader, Pawang Nong, Pawang Ismail dan ramai lagi pawang di pahang ini mungkin tidaklah segah nama pahlawan-pahlawan terbilang yang lain.

SPONSORED

Begitulah cerita legenda kenapa buaya di Pahang tidak makan orang berdasarkan cerita mulut ke mulut. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.

Persoalannya, benarkah buaya di Pahang tidak makan orang? Jawapannya mungkin benar, setakat ini tiada lagi kes manusia mati dimakan buaya di Pahang berbeza dengan di negeri lain seperti Sarawak. Di Sarawak sudah terdapat banyak kes manusia mati dibaham haiwan liar tersebut.

Namun begitu, pada tahun 2018 terdapat satu kes di Kuantan dimana seorang lelaki hampir maut dibaham buaya di Sungai Kampung Kurnia.

Nak lebih menyakinkan, anda mungkin boleh cuba lakukan eksperimen sendiri dengan terjun ke kolam buaya di Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan. Nanti boleh kongsi pengalaman anda bersama kami. Selamat mencuba!

SPONSORED

via:Negeri Pahang

Related Posts