fbpx
- Sponsor -

Mengapa Orang Pahang Wajib Hadir Karnival Hari Usahawan Pahang 2022?

Karnival Hari Usahawan Pahang bakal berlangsung pada 1-3 Julai 2022. Karnival Tahunan anjuran SME Corp, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri akan diadakan di Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang.

Karnival ini merupakan platform untuk kita mengenali dengan lebih dekat produk-produk buatan lokal Pahang yang boleh disokong. Setiap sokongan kita, mampu membawa perniagaan usahawan mikro, kecil dan sederhana untuk pergi lebih jauh.

Orang Pahang perlu hadir kerana banyak aktiviti yang akan dijalankan dan mensasarkan semua golongan pengunjung. Ini antara tentatif yang kami boleh kongsikan untuk anda yang berminat untuk berkunjung.

- Sponsor-

Bagi golongan wanita, anda boleh menyertai bengkel membuat kosmetik sendiri, zumba bersama jurulatih zumba profesional dan uji diri anda dalam cabaran ‘Netball Shooting’ yang juga menawarkan hadiah yang agak menarik.

Untuk golongan usahawan pula, anda tentunya inginkan perkongsian pengalaman bersama usahawan yang berjaya dan mencedok ilmu yang mampu membantu melonjakkan perniagaan anda nanti. Penganjur juga menyediakan bengkel yang akan diajar oleh pengajar bertauliah. Anda juga boleh mengenali pengasas produk kosmetik terkenal, Nurraysa dengan menyertai sesi perkongsian beliau.

Selepas penat menimba ilmu, anda boleh berhibur sebentar dalam program seni dan kebudayaan yang telah dijadualkan. Jangan lupa untuk luangkan masa anda dalam Konsert Gema Rakyat Pahang yang menampilkan bakat-bakat lokal kita.

Untuk kanak-kanak dan remaja pula, terdapat pertandingan mewarna dan pertandingan Push Bike. Di samping menggalakkan pembangunan kemahiran sosial mereka, anda juga boleh menggunakan masa ini untuk mengurangkan masa mereka bersama gajet.

Buat peminat sukan pula, aktiviti untuk anda tidak pernah dilupakan. Terdapat acara sukan e-sport dan extreme game dan fun run yang boleh anda sertai. Mungkin ini masanya untuk anda tunjukkan bakat terpendam anda selama ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti ini.

Ya! Berhibur, berhibur juga. Keberkatan hidup juga perlu dicari. Dalam karnival ini juga akan dianjurkan Ceramah Perdana Khas – Serambi Bertasbih yang akan disampaikan oleh Imam Besar, Masjid Negeri Dato Haji Badli Shah Bin Alauddin dan Man Rajalawak.

- Sponsor -

Dan akhir sekali, jangan lupa untuk anda berkunjung ke ruang perniagaan usahawan yang ada untuk kita menyokong dan perniagaan mereka. Kami pasti mungkin anda tidak menyangka ada antara produk-produk tersebut rupanya merupakan jenama lokal dan diusahakan oleh usahawan lokal kita sendiri.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!