fbpx
Annotation 2020-02-14 174604

Mendaki Dari Hutan Lipur Bukit Pelindung Ke Teluk Cempedak

Tidak asing lagi, Kuantan memang terkenal dengan kehijauan alamnya. Jika anda berada di Kuantan, terdapat banyak sangat aktiviti yang anda boleh lakukan. Kadang-kadang masa tidak mencukupi untuk menjalankan banyak aktiviti dalam satu hari.

Sekiranya anda ada mempunyai masalah sebegini, anda bolehlah cuba mendaki Hutan Lipur Bukit Pelindung ini. Terletaknya di Jalan Tengku Muhamad, Kuantan, Bukit Pelindung ini sangat dekat dengan Pantai Teluk Cempedak.

kredit: AirBnB
kredit: Flickr
PREMIUM

Dakian Bukit Pelindung ini bermula di hadapan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan dan berakhir di Pantai Teluk Cempedak. Alang-alang dah sampai ke Teluk Cempedak, bolehlah anda bersantai di sana.

Anda boleh mendaki Bukit Pelindung ini daripada laluan bertar ataupun laluan hutan. Jika anda ingin mendaki daripada jalan hutan, anda disarankan untuk mencari pemandu pelancong kerana anda mungkin akan sesat di dalam hutan lipur ini.

Keadaan hutan yang nyaman dengan pelbagai flora dan fauna serta permandangan Laut China Selatan, tentunya dapat melapangkan fikiran anda. Tibanya anda di puncak Bukit Pelindung ini, anda boleh melihat pemandangan hebat Kuantan.

kredit: AirBnB
SPONSORED

Bukit Pelindung ini adalah sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti senaman, pendakian serta penjelajahan hutan. Jauh daripada kesesakan dan bunyi bising di tengah bandar, Hutan Lipur Bukit Pelindung ini mampu memberikan membuatkan anda lapang dada.

Related Posts