fbpx
tt1

Melihat Binatang Di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan, Apa Yang Ada?

Hari Ahad minggu lepas kami sengaja luangkan masa ke Mini Zoo Taman Teruntum yang ada di Kuantan ni. Lama juga kami tak pergi.

Teringat zaman kecil-kecil dulu, sebelum ada Megamall, East Coast Mall dan juga port melepak yang hipster seperti sekarang, zoo mini Taman Teruntum di Kuantan inilah tempat paling seronok menghabiskan masa bersama keluarga. Ini cerita 20 tahun yang dulu.

PREMIUM

Seingat kami, 20 tahun yang lepas mini zoo Taman Teruntum ini memang satu tempat yang amat mengembirakan buat kanak-kanak.

Ada banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini. Ada trek jalan untuk berbasikal, kereta dan semestinya boleh tengok banyak binatang.

Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan ini sebenarnya salah satu destinasi yang bagus untuk perkembangan minda. Bagi ibu bapa, ia adalah pendedahan atau edukasi ringan mengenai dunia haiwan kepada kanak-kanak.

SPONSORED

Jadi, sekiranya anda di Kuantan dan mencari tempat yang bagus untuk kanak-kanak, Mini Zoo Taman Teruntum mungkin boleh dijadikan destinasi pilihan.

Mini Zoo Taman Teruntum beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat. Manakala pada hari minggu atau cuti umum pula dibuka dari jam 9 pagi sehingga 7 malam.

Jika dahulu kemasukan adalah percuma, sekarang dikenakan caj sebanyak RM4 bagi orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Nama pun Mini Zoo, anda jangan expect ada banyak haiwan seperti di Zoo Negera. Namun di sini masih menjanjikan ada haiwan.

SPONSORED

Tak sikit, tak juga banyak. Antara binatang yang anda boleh lihat di sini ialah kuda, iguana, lembu besar yang gemuk, binturong, landak raya, buaya, burung merak, rusa dan beberapa spesies binatang lain.

Paling banyak yang boleh ditemui di sini adalah kera-kera nakal yang kadang-kadang suka mengecek makanan anda. Tapi tidak perlu risau, kera-kera di sini hanya nakal, tidak jahat.

Semasa lawatan ke Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan kali ini, apa yang boleh kami kongsikan kepada anda ialah tempat ini masih mampu buat anak-anak anda seronok dapat melihat binatang.

Kami lihat banyak kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan. Tiada tempat menjual makanan, sebaiknya anda bawa makanan sendiri atau sediakan air yang cukup. Maklumlah, musim sekarang cuaca panas. Tekak pun cepat rasa dahaga.

SPONSORED

Kami harap Majlis Perbandaran Kuantan tambah ceriakan lagi tempat ini termasuk menyediakan fasiliti yang lebih selesa untuk para pengunjung.

Sebab di sini ada seekor kuda yang hebat!

Jangan lupa sertai kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan feed paling laju di telefon bijak anda!

Buat anda yang merancang ke galeri pameran muzium Sungai Lembing tahun ini, sila simpan niat anda pada tahun depan. Galeri Pameran Muzium Sungai Lembing ditutup untuk kerja pembaikan sehingga 10 Disember 2020.

Baca juga: Galeri Pameran Muzium Sungai Lembing Ditutup Untuk Kerja Pembaikan

Related Posts