fbpx
featured image sizing

MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi Akibat Kerugian Kesan Covid-19?

MBO Cinemas adalah diantara pawagam yang terbesar di Malaysia. Mempunyai sebanyak 27 pawagam di seluruh negara dan menjadi pilihan ramai terutamanya di Kuantan. Namun, akibat desakkan dan kesan dari Pendamik Covid-19. Kini hanya 4 cawangan sahaja yang masih beroperasi termasuk Kuantan.

MBO Cinemas kini dalam perancangan pelupusan secara sukarela susulan isu aliran tunai akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu.

PREMIUM

Menurut laporan, lembaga pengarah MCAT Box Office Sdn Bhd meluluskan resolusi untuk meletakkan syarikat berkenaan bawah pelan pelupusan secara sukarela dengan menutup perniagaan dan menjual aset untuk membayar pemiutang.

GAMBAR: MBO Cinemas

Setakat 31 Dis 2018, jumlah aset MBO Cinema bernilai RM197.76 juta manakala liabilitinya berjumlah RM111.31 juta. Difahamkan, MBO Cinemas hanya membuka 4 pawagam miliknya ketika ini.

4 cawangan lain yang masih beroperasi adalah MBO Cinemas Kluang Mall, MBO Cinemas KSL City Mall, MBO Cinemas Kuantan City Mall dan MBO Cinemas The Spring Kuching.

SPONSORED

Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan bukan sahaja membantutkan sektor ekonomi kecil namun industri besar juga turut terkesan.

via: The Vocket

Air Asia tawarkan perkhidmatan lain yang menarik untuk anda selepas penjenamaan semula aplikasi mereka.

Baca juga: AirAsia Kini Dengan Identiti Baru, Menawarkan Lebih Banyak Perkhidmatan

Related Posts