fbpx

MBK Membaik Pulih Kawasan Sungai Lembing Yang Rosak Disebabkan Banjir

- Sponsor -

Ekoran kejadian banjir yang menimpa di negeri Pahang, terdapat banyak kawasan di sini terjejas, berikutan paras air tinggi menyerang dengan tiba-tiba.

Antara kawasan terjejas teruk adalah di Sungai Lembing, Sungai Pandan termasuklah jalan Gambang menghala ke Pekan.

Tragedi ini menyebabkan berlakunya banyak kerosakan di kawasan-kawasan awam seperti jalan raya dan tumbuh-tumbuhan. Terdapat banyak juga pokok-pokok tumbang hampir di keseluruhan kawasan.

- Sponsor-

Oleh itu, pihak Majlis Bandaraya Kuantan turun padang dalam membaik pulih sekaligus membersihkan sekitar Sungai Lembing.

Antara pihak yang turut sama berganding bahu dalam membantu kerja-kerja pembersihan ini adalah Unit Amal Terengganu dan petugas Alam Flora, termasuklah wakil daripada ECRL.

Syabas diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan tugas-tugas membaik pulih sekitar Sungai Lembing ini. Semoga masih ada pihak yang sudi menghulurkan tangan bagi membantu dalam segala aspek dikemudian hari.

- Sponsor -
- Sponsor -