fbpx

MBK ‘Beri Hadiah Istimewa’ Kepada Perokok Di Teluk Cempedak


Tahniah Majlis Bandaraya Kuantan kerana betegas tidak memberi muka kepada perokok yang merokok di kawasan Teluk Cempedak.

Buat pengetahuan anda, Teluk Cempedak merupakan antara tempat peranginan di Kuantan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok atau BAR iaitu Kawasan Bebas Asap Rokok.


Dalam satu perkongsian Majlis Bandaraya Kuantan di Facebook pada beberapa hari lepas, perokok yang ditangkap melanggar undang-undang berkenaan telah dikenakan kompaun sebagai hadiah dari Majlis Bandaraya Kuantan atas sikap tidak bertanggungjawab mereka.


Perkara ini mendapat respon yang sangat positif di kalangan warga Kuantan dan menyokong sepenuhnya tindakan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Kuantan.

Sekiranya anda terlepas, pada Mac lepas pihak MBK sudahpun memaklumkan perkara ini dan akan melaksanakan peraturan yang sama ditempat-tempat pelancongan di Kuantan.

Secara langsung langkah ini diambil sebagai satu usaha untuk melahirkan warga bandaraya yang mengamalkan cara hidup sihat. Kami sendiri amat menyokong tindakan ini dan akan bersama-sama memainkan peranan demi kelestarian Negeri Pahang.

Bagaimana pendapat anda?

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin