fbpx
109279008_122742435856026_7834218518498397628_n

Masjid Negeri Pertama Pahang Terletak Di Kuala Lipis Ini Wujud Sejak Tahun 1888

Masjid Negeri ini telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan. Beliau telah mewakafkan tanah untuk tujuan pembinaan masjid ini.

Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898, sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Menurut cerita orang tua-tua, salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar.

GAMBAR: INSTAGRAM BEN ASHAARI

Kedudukan masjid ini di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971

Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia. Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi, yang merupakan imam kedua masjid ini. Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat.

SPONSORED

Pada tahun 1980 pengurusan masjid ini telah di ambil alih oleh masyarakat India Muslim sehinggalah sekarang,pada ketika ini masjid tersebut di kenali sebagai Masjid India.

GAMBAR: INSTAGRAM BEN ASHAARI

via: Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis , Instagram Ben Ashaari

Kenali masjid di Jerantut ini yang sudah berusia lebih daripada 100 tahun dan masih mengekalkan reka bentuk tradisional

Baca juga: Lihat Rekaan Klasik Masjid Berusia Lebih 100 Tahun Di Jerantut

Related Posts