fbpx
featured image sizing

Mampukah Kuantan Mencapai Status Bandaraya Pada Tahun Ini?

Ramai yang meletakkan harapan kepada bandar Kuantan untuk ditukar status kepada bandaraya selaras dengan ibu kota di negeri-negeri lain namun perkara ini masih belum menjadi realiti.

Namun perlu diketahui sedikit info berkenaan pemilihan status bandaraya. Dewan atau Bandaraya merupakan hierarki tertinggi bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Buat masa ini terdapat 14 buah bandar atau PBT yang diiktiraf berstatus Bandaraya di Malaysia.

PREMIUM

Penentuan status Bandaraya ini tertakluk kepada beberapa syarat, pekeliling dan juga Akta yang membentuk sesebuah PBT seperti Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) di Semenanjung, Akta Ibukota Persekutuan (DBKL) dan Ordinans (Sabah & Sarawak).

GAMBAR: LIBUR

Pemberian status Bandaraya ini juga berdasarkan penilaian dan syor KPKT di peringkat Persekutuan dan SUK Negeri sebelum dibawa untuk kelulusan Kabinet sebelum watikah pengisytiharan ditandatangani oleh DYMM Agong.

  • Meliputi pusat pentadbiran negeri;
  • Jumlah penduduk tidak kurang 500,000;
  • Jumlah hasil tahunan melebihi RM100 juta daripada sumber kewangan secara ‘fiscal sustainable’ dan seimbang;
  • Berupaya menyediakan perkhidmatan pada tahap tinggi termasuk hasil kutipan hasil, kelulusan pembangunan, penguatkuasa dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai organisasi yang mantap serta kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;
  • Penekanan kepada pembangunan bandar secara ‘sustainable development’ dan usaha-usaha menangani isu perbandaran. Indikator bandar mampan seperti ditekankan dalam ‘Malaysia Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development’ (MurniNets) akan diambilkira;
  • Pembentukan imej dan identiti sesuai dengan fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah termasuklah memelihara bangunan warisan;
  • Mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan bagi menarik pelabur, termasuklah perhotelan bagi menggalakkan pelancong dan urusan perniagaan dengan tumpuan kepada sektor perkhidmatan dan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah;
  • Mempunyai instituti pendidikan yang lengkap termasuklah universiti dan kolej, maktab, muzium dan perpustakaan awam;
  • Pusat aktiviti kebudayaan, acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  • Mempunyai kemudahan infra dan utiliti yang cukup termasuklah taman awam yang mesra OKU, kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalanraya yang cekap serta perkhidmatan ICT; dan
  • Mendapat pengiktirafan tertentu di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sejajar sebagai status sebuah bandaraya.
  • Walau begitu, terdapat sesetengah bandaraya tidak menggunakan kriteria ibu negeri dan beberapa kriteria lain atas faktor-faktor tertentu.

Merupakan ibu negeri Pahang selepas pusat pentadbiran negeri berpindah dari Kuala Lipis pada tahun 1976. Mempunyai penduduk yang diunjurkan berjumlah 517,200 pada tahun 2015 dan 590,621 pada tahun 2020 (RTD Kuantan 2035 Pengubahan).

SPONSORED

Kuantan sebenarnya dari awal telahpun memenuhi kriteria sebagai Bandaraya namun cadangan tersebut ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri bagi melihat secara teliti kesediaan infrastruktur dan kemudahan serta implikasi terhadap kos sara hidup penduduk.

Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat, Kuantan telahpun mendapat kelulusan kabinet dan hanya menunggu masa untuk diisytiharkan sebagai sebuah Bandaraya. Mungkin secara kebetulan, watikah yang akan ditandatangani oleh DYMM Agong yang juga berasal dari Negeri Pahang akan memberi lebih makna kepada pengisytiharan ini nanti.

via: Libur

Tindakan Majlis Perbandaran Kuantan dipuji dalam memperbaiki kondisi padang bola sepak yang kering selepas aduan awam

SPONSORED

Baca juga: Majlis Perbandaran Kuantan Bertindak Pantas Baiki Kondisi Padang Kering

Related Posts