Banyak sungguh isu tentang Kuantan kebelakangan ini. Antara yang tengah trending sekarang ini ialah berkenaan harga makanan di Kuantan yang dikatakan agak mahal. Hurm, betul ke? Ada-ada saja netizen ni.
Bagaimana dengan pendapat anda? Betul ke makanan di Kuantan mahal? Atau keadaan ekonomi Malaysia yang tengah sakit teruk. Atau boleh jadi, makanan bukannya mahal, cuma kita yang tak ada duit. Boleh ke begitu? Hahahaha.
Ok lah, kami pun dah bosan dengan Bandaraya Kuantan yang indah lestari ni. Sayangi Kuantan!
Kali ni kami nak kongsi 1 tempat menjual makanan yang murah di Kuantan. Harga makanannya sungguh murah. Seolah harga jualan pada zaman 80an dulu.

Gerai ini ialah gerai Nasi Lemak Cedok RM1 yang terletak di Beserah, Kuantan. Lebih tepat berlokasi berhadapan Petron Beserah.
Antara menu yang ada ialah Nasi Lemak, Nasi Lemak Ayam Goreng Crispy, Nasi Lemak Ikan dan Nasi Lemak Sambal Kerang. Nasi Lemak ni siap dibungkus dengan daun pisang lagi tau!
Harga murah, apa lagi netizen mahu? Untuk yang teringin mencuba boleh dapatkan Nasi Lemak Cedok RM1 ini di Beserah. Dibuka pagi seawal jam 6.30 sehingga habis stok setiap hari Sabtu dan Ahad.



Ada port makan yang best dan murah berdekatan anda? Jom kongsi bersama Kuantanloka.