fbpx
EGfY-Z_UUAAYmWe

Makam Berukiran Kerajaan Islam Acheh Ditemukan Di Chenor Dipercayai Seorang Puteri

Baru-baru ini sebuah penemuan batu nisan berukiran Kerajaan Islam Acheh dipercayai milik seorang puteri bangsawan berdarah putih di Kampung Gulun, Chenor mengejutkan ramai pihak sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan sejarah yang belum terungkai.

Pengkaji sejarah dan penjejak makam ulamak dan aulia, Ustaz Barkatullah Mohd Bahari berkata, ukiran batu nisan itu boleh juga berasal dari empayar Melayu Melaka kerana ada persamaan dengan batu nisan yang dijumpai sebelum ini.

PREMIUM

Penemuan makam puteri bangsawan itu ada kaitan dengan lagenda dan kisah tragis puteri itu yang menjadi perbualan penduduk setempat turun temurun dimana peristiwa sang puteri jelita berdarah putih mati dibunuh kerana menolak pinangan orang ternama.

GAMBAR: SALEHUDIN MAT RASAD

Kisah sedih ini mengisahkan seorang puteri yang cantik rupawan telah menolak pinangan dari pihak yang dipercayai dari kerabat Kesultanan dinasti Melaka ataupun kerajaan Acheh dalam abad ke-15.

Menurut cerita, sang puteri bertindak nekad melarikan diri sehingga akhirnya sampai ke daerah Chenor yang ketika itu sebagai pusat persinggahan perniagaan terkenal.

SPONSORED

Namun ia terus dijejaki oleh panglima istana dan ketika puteri bersiram di tepian Sungai Pahang, panglima ini telah menyelam dan menyula Puteri ini dari bawah. Ketika disula darah putih diriwayatkan membuak-buak keluar dari tubuh puteri ini dan jasadnya kamudian dimakamkan disini di kampung Gulun, Chenor.

GAMBAR: SALEHUDIN MAT RASAD

Kisah puteri berdarah putih itu juga membuktikan agama Islam sudah berkembang pesat di Pahang khususnya di Chenor kerana di pinggir Sungai Pahang menjadi laluan utama pedagang dan pendakwah Islam sehingga ke Ulu Pahang.

Diharapkan ia menjadi salah satu peninggalan sejarah untuk negeri Pahang yang terus dipelihara dan dipulihara dari generasi ke generasi.

via: Salehudin Mat Rasad

Related Posts