fbpx
- Sponsor -

Lupakan Australia, ‘Port’ Glamping Di Genting Ini Pun Gempak

Kami di Kuantanloka tidak akan berhenti untuk cerita semua keseronokan di Pahang. Kami akan pastikan semua destinasi pelancongan, tempat makan yang anda temukan di sini adalah yang terbaik dalam senarai.

Dan pada kali ini, penginapan pilihan terbaik untuk anda letakan dalam senarai bakul adalah Glamz at Genting.

Sebelum itu bagi yang tertanya-tanya apa itu glamping, galmping ini sebenarnya merupakan kombinasi antara ‘glamour’ dan ‘camping’. Lebih senang ditafsirkan sebagai berkemah dengan gaya mewah atau glamour.

- Sponsor-

Pada 10 tahun lepas, penginapan jenis glamping ini mula menjadi trend dikalangan traveller yang mahu menikmati ketenangan dalam hutan. Ia mula popular di negara seperti Australia dan negara-negara Eropah.

Namun sekarang, untuk menikmati percutian gaya glamping anda tak perlu terbang jauh. Di Malaysia pun sudah ada banyak tempat penginapan yang menawarkan pengalaman sama.

Contohnya adalah seperti Glamz di Genting ini. Kami boleh kata ini antara port glamping pilihan yang berbaloi untuk dicuba. Tempat lawa, suasana sejuk dan pemandangan hutan hijau yang menyegarkan mata tak terkalah hebat.

Lagi seronok sebab ada jakuzi private lagi.

Glamz at Genting menawarkan pelbagai jenis dome dari penginapan dua orang hingga family dome untuk kapasiti lebih besar. Ada juga jenis bell tent yang sesuai untuk percutian bersama kawan-kawan.

Selain boleh tidur beratapkan bulan bintang, di Glamz at Genting turut menyediakan pantri dan ruangan BBQ. Harga penginapan boleh didapatkan serendah RM200 semalam.

- Sponsor -

Maklumat lanjut sila layari laman web glamz.com.my.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!