Baru-baru ini tular sebuah lukisan mural 3 Generasi Kesultanan Pahang dilukis di sebuh premis Restoran Murtabak Mawar, Pekan.
Lukisan mural wajah 3 Generasi Kesultanan Pahang kini terdapat di Bandar Diraja Pekan. Mural ini menampilkan wajah Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Jadi kami berpeluang menanyakan sedikit soalan kepada pelukis mural tersebut iaitu Muhammad Ikmal bin Abdul Manan yang berusia 25 Tahun dan merupakan anak jati dari Ketapang Tengah, Pekan.

Beliau yang merupakan dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina, USIM mula meminati seni lukisan mural dari tahun 2016 dan berhasrat ingin mengembangkan minat melukis ke skala yang lebih besar.
Diantara lukisan lain yang menjadi pilihan beliau adalah lukisan kartun, vector dan graffiti. Dikenali hasil daripada kenalan dan terkini dari lukisan viral yang bertema COVID19 di jambatan Tanjung Lumpur.
Masa yang diambil untuk menyaipkan sesuatu lukis itu sekitar 2 hingga 10 hari atau lebih bergantung saiz projek dan menurut beliau projek paling lama pernah diambil adalah projek mural di Emergency Response Centre, Petronas Gebeng selama 10 hari.


Dengan kepercayaan yang diberikan oleh pemilik Restoran Murtabak Mawar, Pekan, hasil mural tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh 5 hari dan respon yang diterima positif kerana suatu perkara yang baru di daerah Pekan tetapi masih belum tersebar luas seni mural.
KUANTANLOKA sememangnya rasa bangga apabila anak muda dari Pahang ini bersama kumpulan pelukis artis yang lain berjaya dalam hasil seni mereka.
via: Muhd Ikmal
Sebelum ini, seorang lagi pelukis graffiti dari Kuantan berjaya mengembangkan bakat beliau dan juga merupakan kenalan kepada Muhd Ikmal
Baca juga: Artis Graffiti Dari Kuantan ‘Kamal Patio’ Bawa Bakat Serata Malaysia