fbpx
Lubuk-Yu

Mandi Santai Bersama Keluarga Dengan Suasana Tenang Di Lubuk Ujid, Maran

Kalau dekat Maran ni, tempat yang paling famous sekali dalam bab mandi sungai tak lain tak bukan, Lubuk Ujid atau dikenali sebagai Taman Rekreasi Che Minah Sayang.

Apa yang menarik disini, fasiliti yang disediakan boleh dikatakan memuaskan hati dan cukup untuk keperluan anda.

PREMIUM

Dengan kawasan sekitar yang bersih dan sentiasa diurus rapi oleh pihak bertanggungjawab, Lubuk Ujid pernah menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada tahun 2017.

GAMBAR: FACEBOOK BAZAIE TUAN MUDA PUCECEH

Tempat ini sesuai dijadikan riadah bersama keluarga terutama untuk kanak-kanak. Airnya yang cetek dan jernih, pasti mampu memancar keceriaan di wajah mereka.

Ibu bapa tidak perlu risau akan keselamatan anak-anak bermain air kerana ia selamat dan hanya memerlukan pemerhatian minima.

SPONSORED

Menikmati pemandangan hijau sambil melihat sungai yang jernih, ini mengimbau kembali kisah zaman kecil-kecil bermandi sungai.

GAMBAR: FACEBOOK BAZAIE TUAN MUDA PUCECEH
GAMBAR: TEMPAT MENARIK

Mungkin ada yang cakap, “Apa ada Lubuk Ujid? Tempat dah la cetek, budak-budak boleh la main“. Tapi korang kena tau, di sepanjang sungai ni, banyak lagi hidden place yang belum dikongsikan kepada awam.

Anda perlu singgah Lata Kawah untuk melihat sendiri kecantikan sungai yang jenih. Memang sangat sesuai nak mandi manda!

Baca juga: Air Jernih Dan Tempat Bersih, Lata Kawah Jerantut Ini Buat Kami Kata ‘Pergh’

Related Posts